Connect with us

Oh! Media

“Baru Jadi Juara Terus Kena Kecam”, Netizen Pertikai Ucapan Cliff Umar Tak Sensitif

Cliff Umar

Trending

“Baru Jadi Juara Terus Kena Kecam”, Netizen Pertikai Ucapan Cliff Umar Tak Sensitif

Selepas berhempas-pulas selama 10 minggu, akhirnya vokalis kumpulan Projek Pistol, Cliff Umar telah bergelar juara bagi Gegar Vaganza musim ke 7. Wah, memang meleset betul ya jangkaan juara dari netizen!

Walaupun Cliff sepatutnya tersingkir kerana berada di kedudukan terakhir pada minggu semi final, namun keputusan Astro yang mengejutkan untuk bawa semua peserta ke pentas akhir tidak disia-siakan Cliff. Dengan membawa lagu ‘I’d would Do Anything For Love‘ dan ‘Nakal’, Cliff berjaya buktikan yang peserta underdog tak boleh dipandang rendah.

Cliff umar dinobatkan juara gv 7 bawa pulang rm 100000 1

Tapi, yang buat spoilnya malam tadi adalah ucapan yang diberikan oleh Cliff setelah muncul juara. Cliff kata mask atau Personal Protective Equipment yang dipakainya agak menjengkelkan. Alamak!

IKLAN

“Boleh tak gua (aku) buka benda ni? Pasal SOP, irritating gila kena pakai benda ni.” – katanya.

Hm, silap besarlah bila Cliff cakap macam tu. Tambah-tambah waktu tengah live. Memang ramailah netizen yang tak puas hati dan kecam Cliff kerana kurang sensitif. Yelah, orang lain sibuk promote untuk ikut dan patuh pada SOP, Cliff boleh pula kata yang benda tu irritating. Siap ada yang suruh Astro tarik balik gelaran juara tau.

Photo6249012304708479858
Photo6249012304708479856
Photo6249012304708479856 1
Photo6249012304708479860

Tapi, Cliff dah pun mohon maaf dan buat penjelasan tentang maksud sebenar ucapannya. Dia tiada niat pun nak singgungkan mana-mana pihak. Bahkan, ucapannya pun merujuk pada rimas bila beri ucapan, bukannya rimas kerana perlu pakai setiap masa. Kiranya, lain yang nak disampaikan, lain pula yang orang terima.

“Saya maksudkan pelitup muka itu mengganggu, apabila saya nak bercakap dan berikan ucapan. Bukan ia mengganggu atau saya tidak bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP).” – jelasnya.

Photo6249012304708479859
Photo6249012304708479857

Tapi, ada juga netizen yang faham maksud sebenar yang ingin disampaikan Cliff. Kalau tanya ohmedia, actually terpulang dekat perspektif individu yang mendengar. Kadang-kadang kita faham je apa maksud Cliff, cuma sengaja putar belit sebab nak cari point untuk kecam. Biasalah. Apa-apa pun, kami ucapkan tahniah pada Cliff kerana muncul juara GV7!

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas