Connect with us

Oh! Media

Keluarga Maradona Sudah Mula Berebut Harta Bernilai RM200 Juta Walaupun Kubur Masih Merah

Ohmedia maradona main

Trending

Keluarga Maradona Sudah Mula Berebut Harta Bernilai RM200 Juta Walaupun Kubur Masih Merah

Orang kita biasa kata, tanah kubur masih merah tapi keluarga sudah mula berebut harga si mati. Inilah apa yang berlaku kepada ahli keluarga lagenda bola sepak Diego Maradona yang dipercayai meninggalkan harta bernilai USD$66 juta atau RM200 juta.

Maradona telah dikebumikan pada 25 November dan hanya dalam beberapa minggu sahaja sebanyak 16 orang difahamkan dah tampil untuk membuat tuntutan harta.

Ohmedia maradona2

Perebutan ini melibatkan lima orang anaknya dan tujuh anak luar nikah serta lima saudara perempuan Maradona.

IKLAN

Perebutan untuk harta peninggalan Maradona tidak dapat ditandingi – ia akan menjadi seperti Piala Dunia. – Kata sumber kepada The Sun.

Setakat yang diketahui, antara harta yang dituntut di mahkamah adalah termasuk harta Maradona di Switzerland dan Dubai. Selain itu, ada juga wang tunai dari kontrak iklan Maradona bersama jenama besar dunia seperti Puma dan Coca-Cola.

Ohmedia maradona3

Hasil dari laporan sebelum ini, Maradona pernah membuat wasiat pada tahun 2012 tetapi tak tahu kenapa dia membatalkan wasiat tersebut empat tahun kemudian.

Tanpa wasiat ini, bermaksud semua anaknya termasuk anak luar nikah walaupun tak pernah berjumpa boleh membuat tuntutan sama rata.

Ohmedia maradona4

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas