Connect with us

Oh! Media

Abang Tergamak Santau Adik Ipar Sebab Tak Puas Hati Tak Bagi Anak Buah

santau

Oh! Tidak

Abang Tergamak Santau Adik Ipar Sebab Tak Puas Hati Tak Bagi Anak Buah

Macam kelakar kisah yang tersebar ni tapi inilah yang terjadi bila gagal kawal perasaan. Bayangkanlah bertapa toksiknya si abang sampai tergamak santau isteri adik kandung sendiri.

ADVERTISEMENT

Kisah ini tersebar di aplikasi X di mana seorang lelaki dengan nama @MeinMokhtar kongsikan satu pengakuan berani mati seorang lelaki di mana dia telah menghantar santau kepada adik iparnya.

Ini apabila dia tidak berpuas hati kerana adiknya memilik untuk bersuka ria dengan bercuti ke luar negara berbanding berusaha memberikan cucu kepada ibunya.

Betul-betul tak puas hati tengok adik dan isteri hidup bahagia…

Mein, sumpah aku tak tahu nak buat apa sekarang. Aku santau adik ipar aku, mula niat aku just nak dia sakit sikit and gaduh dengan adik aku ja.

Sebab ye lah, dah 2 tahun kahwin, asyik pergi travel dengan adik aku sana sini habiskan duit, beli emas, anak tak reti ikhtiar pun. Aku ni anak pun dah 3.

Mak aku tu mestilah nak tengok cucu dari adik aku jugak tapi tak reti-reti ikhtiar. Anak-anak aku pun dah besar bukan baby lagi. Mesti mak aku rindu nak ada cucu baby. Tapi dua ekor sial tu masih nak enjoy.

Takut perbuatan terkutuk diketahui keluarga…

Macam orang tak betul, lelaki ini turut mengakui rasa menyesal dengan perbuatannya. Ini selepas melihat keadaan adik iparnya yang semakin sakit terkena sihir dan adiknya juga ada berbincang dengan ibunya untuk bercerai atau tidak.

Aku sebenarnya happy tapi kesian sebab perempuan tu anak yatim. Cumanya mak aku suruh ikhtiar berubat dulu. Possible ke kantoi aku yang hantar?

Lelaki jahanam ini juga berkata akan tarikh balik sihir tu sebelum keluarga tahu perbuatan tak berakalnya. Tak tahulah kisah ni betul atau sekadar nak viral. Apapun kita sebagai manusia dan beragama Islam, jauhi perbuatan mensyirikkan Allah ini.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas