Connect with us

Oh! Media

adik ipar iqbal

Trending

“Demi Allah Saya Ada Bukti” – Iqbal Zulkefli Hilang Sabar, Dedah Perangai Buruk Bekas Adik Ipar

Apa kes pula dengan Iqbal Zulkefli ni? Tiada angin tiada ribut tiba-tiba nak failkan saman terhadap bekas adik iparnya sendiri.

BACA: “Kami Tak Bercinta Pun” – Usahawan Viral Kahwin Baru Lepas 3 Bulan Cerai

IKLAN

Memetik laporan mStar, Iqbal mendakwa bekas adik iparnya telah memburukkan namanya menyebabkan dia hilang sabar.

iqbal zulkifli

Difahamkan, Iqbal telah mendiamkan diri selama berbulan-bulan kerana mahu menjaga aib keluarga. Tetapi bekas adik iparnya itu dikatakan telah memetik namanya berkali-kali.

Demi Allah saya ada semua bukti dan boleh tunjuk pada satu Malaysia tapi sebab mahu menjaga aib, saya diamkan diri. Saya akan failkan saman kerana memburukkan nama saya dan keluarga di media sosial.

Tak cukup dengan Iqbal, adiknya iaitu Ahmad Weldan juga mahu mengheret bekas isteri ke mahkamah di atas tuduhan menipu dan curang ketika masih bergelar suami isteri.

adik iqbal zulkefli

Iqbal turut mempersoalkan apakah hukum bertunang ketika dalam idah. Majlis nikah pula dibuat dua hari selepas tempoh idah selesai.

Dia pindah nama dan saham syarikat daripada Weldan dengan cara menipu. Bayangkan pandai dan liciknya dia malah menuduh adik saya curang padahal dia melakukan perkara serupa.

Di Instagram, Iqbal mencetuskan tanda tanya apabila meminta idea untuk drama terbaru mengenai seorang wanita yang masuk ke kelab malam sewaktu dalam idah.

iqbal zulkefli
iqbal
adik iqbal

Katanya, dalam drama itu ada babak di mana wanita berkenaan berpegangan tangan dengan bakal suami di dalam kereta sedangkan tempoh idah belum tamat.

Namun kata ahli perniagaan ini, drama terbabit tiada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Kredit: mStar | Instagram Iqbal Zulkefli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas