Connect with us

Oh! Media

Wanita Dirogol Dan Disamun Dua Lelaki Atas Jejantas KTM Serdang

Rogol ohmedia

Oh! Tidak

Wanita Dirogol Dan Disamun Dua Lelaki Atas Jejantas KTM Serdang

Baru-baru ini, terdapat satu kejadian dimana seorang wanita dirogol dan disamun dua lelaki warga Pakistan ketika melalui jejantas Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang. Allahu..

Menurut laporan mStar, kejadian berlaku pada Ahad lepas ketika mangsa berusia 29 tahun itu baru saja pulang dari kerja di Putrajaya ketika dalam perjalanan menuju ke rumah di Jalan Dagang, Sungai Besi dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan.

Wanita Dirogol Pakistan

Mangsa mendakwa dihampiri lelaki tidak dikenali di atas jejantas berkenaan sebelum dirogol dan telefon bimbitnya disamun, selain turut diacukan pisau.

Hasil siasatan dan penelitian rakaman CCTV di lokasi berhampiran, polis menahan seorang lelaki warga Pakistan yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

Hasil daripada siasatan mendapati suspek bawa satu pin dan akan meminta mangsa untuk membuang kad sim dari telefon bimbitnya.

IKLAN

Bukan tu jer, mangsa juga diminta untuk set semula (reset) telefon bimbit berkenaan. 

Polis telah menahan dua lelaki warga Pakistan itu di sebuah kondominium di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Selangor pada Isnin lepas.

Suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan.

Pihak polis juga meminta orang awam yang pernah menjadi mangsa samun kepada suspek ini untuk membuat laporan polis dan sekiranya ada maklumat mengenai individu yang mencurigakan boleh memberi maklumat kepada balai polis berdekatan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas