Connect with us

Oh! Media

73 Pengunjung Dikompaun Dan 6 GRO Ditahan Sambut Parti Hari Jadi

Oh! Tidak

73 Pengunjung Dikompaun Dan 6 GRO Ditahan Sambut Parti Hari Jadi

Seramai 73 pengunjung dikompaun RM365,000 ketika menyambut parti hari jadi di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang tengah malam tadi.

ADVERTISEMENT

BACA : 3 Individu Tak Cukup Dos Vaksin Cuba Nasib Pulang Ke Kelantan Dikompaun

Menurut laporan Berita Harian, terdapat enam lagi wanita warga asing yang terlibat dalam kejadian itu ditahan sepasukan anggota dalam serbuan itu.

Setiap pengunjung yang berusia lingkungan 20 hingga 37 tahun itu dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Enam wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) itu pula ditahan bersama seorang pengurus premis yang turut dikompaun sebanyak RM50,000 dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua JSJ Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff.

Lelaki dan GRO berkenaan masing-masing direman sehari dan 14 hari bermula hari ini.

Kes ini disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021, Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen.

Bukan main nak seronok kan dah mendapat! Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan supaya dapat mengurangkan risiko dari dijangkiti wabak yang melanda. Jangan pentingkan diri!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top