Connect with us

Oh! Media

3 Individu Tak Cukup Dos Vaksin Cuba Nasib Pulang Ke Kelantan Dikompaun

rentas negeri

Trending

3 Individu Tak Cukup Dos Vaksin Cuba Nasib Pulang Ke Kelantan Dikompaun

Kenapa masih berdegil? Itulah persoalan yang kami terfikir selepas membaca tentang tiga individu telah dikompaun selepas dikesan rentas negeri walaupun tak lengkap vaksinasi.

ADVERTISEMENT

Tiga individu ini dikesan cuba pulang ke Kelantan dan berjaya dikesan pihak berkuasa di sekatan jalan raya di Pasir Puteh dan Machang. Mereka bertiga masing-masing telah dikompaun sebanyak RM2,000.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat mengesahkan perkara itu di mana tiga individu ini sudah menerima suntikan pertama dan masih menunggu untuk suntikan kedua.

Mereka mencuba nasib untuk pulang ke kampung walaupun tidak lengkap vaksinasi, namun polis dapat mengesannya. Bagi kes di Pasir Puteh, mereka tidak akan terlepas kerana anggota di lokasi itu bertugas secara bergilir-gilir bagi tempoh 24 jam. Dua individu lagi terlepas pulang dengan memasuki Gua Musang, Kuala Krai dan akhirnya dapat dikesan polis di Machang.

Diharapkan agar ikutlah peraturan yang ditetapkan dan bersabarlah sedikit masa lagi jika masih menunggu suntikan vaksin. Untuk korang yang akan pulang ke kampung rancanglah perjalanan sebaiknya dan jangan lupa norma baharu yang kita terapkan selama ini. #kitajagakita

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas