Connect with us

Oh! Media

18 Individu Dikompaun RM60,000 Gara-Gara ‘Main Puteri’

Oh! Tidak

18 Individu Dikompaun RM60,000 Gara-Gara ‘Main Puteri’

Gara-gara terlibat dalam kaedah rawatan tradisional ‘main puteri’, seramai 18 individu termasuk empat wanita dikompaun.

ADVERTISEMENT

BACA: Padah Daki Bukit Tak Cukup Dua Dos, 15 Remaja Dikompaun

Mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila berkumpul di sebuah rumah di Kampung Sungai, Bachok, Kelantan kira-kira pukul 2 pagi.

Kompaun berjumlah RM10,000 seorang dikenakan terhadap tiga penganjur. Manakala 15 orang lagi dikenakan kompaun RM2,000 seorang.

Memetik laporan Kosmo!, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai aktiviti ‘main puteri’ di rumah itu pada pukul 12.30 tengah malam.

Aktiviti itu menyebabkan kira-kira 100 individu berkumpul untuk menyaksikannya.

Bertindak di atas aduan, pihak polis telah memberi arahan agar orang ramai bersurai.

Selepas satu jam setengah kemudian, polis sekali lagi menjalankan rondaan di rumah itu dan mendapati mereka tidak mengendahkan larangan tersebut.

Namun, arahan yang diberikan tidak diendahkan menyebabkan pihak polis menyerbu rumah satu jam setengah kemudian. Pengunjung dengan segera melarikan diri.

Katanya lagi, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, Pelan Pemulihan Negara 2021 kerana melakukan aktiviti terlarang.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas