Connect with us

Oh! Media

“Mantap Anak Muda” – PU Amin Tegur Pengunjung ‘Berseronok’ Di Taman Tema

Trending

“Mantap Anak Muda” – PU Amin Tegur Pengunjung ‘Berseronok’ Di Taman Tema

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terperinci susulan video viral memaparkan pengunjung bersesak di sebuah taman tema di Petaling Jaya, Selangor.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Sesak Pengunjung Di ‘Sunway Lagoon’, Polis Jalankan Siasatan

Dalam video viral itu, pengunjung dilihat menari sakan berseronok mengikut rentak muzik dan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

Pencetus Ummah, PU Amin menerusi hantaran terbaru di Instagram menegur tindakan pengunjung ke taman tema itu dan menyeru pihak berkuasa mengambil langkah sewajarnya.

Mantap anak muda, berjoget-joget bersuka ria bagai Covid itu sudah tiada. Itu yang pertama, yang kedua, bagaikan Tuhan itu tiada mata, bagaikan siks dan azab neraka itu tidak wujud selamanya. Syabas anak muda orang Melayu Islam kita.

Penceramah ini turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan pengunjung yang bergaul secara bebas sambil menari-nari dan menyifatkan mereka seolah-olah lupa dengan wabak yang ada.

Esok kalau berlaku lagi masalah-masalah yang Tuhan turunkan kepada kita, itu sebab kita punya dosa lah tu. Seronok berjoget-joget, suka tu. Ya Allah.

Pihak berkuasa tolonglah ambil tindakan segera. SOP pun tak patuh, kau berjoget ramai-ramai macam tu dalam air. Mazhab mana ni? Takkan tak sekolah setengah tahun perangai teruk berubah macam tu. Apa cerita?

Dalam masa yang sama, PU Amin mengingatkan pengunjung sekiranya berlaku sebarang masalah di masa akan datang, ianya adalah disebabkan dosa-dosa yang dilakukan.

Aduhai, memang seram tengok aksi joget-joget itu kan? Apa-apa pun kita tunggu tindakan daripada pihak berkuasa.

Kredit: Instagram PU Amin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas