Trending
Padah Daki Bukit Tak Cukup Dua Dos, 15 Remaja Dikompaun
Seperti yang diketahui umum, sebarang aktiviti sosial memerlukan seseorang lengkap dua dos vaksin. Jika tidak, seseorang boleh dikenakan hukuman kompaun jika didapati bersalah.
BACA: Individu Cuba Masuk Kelantan Diarah Patah Balik Kerana Tak Lengkap Vaksinasi
Seperti yang terjadi di Tanah Merah, Kelantan ini, seramai 15 remaja berusia antara 14 hingga 18 tahun dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana beriadah di Bukit Panau tanpa vaksinasi lengkap.

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, pihak polis mengeluarkan kompaun tersebut selepas mereka gagal mengemukakan bukti vaksinasi lengkap melalui aplikasi MySejahtera.
Ujarnya lagi, pihak polis membuat pemantauan terhadap pengunjung di kawasan itu seawal jam 7.30 pagi bermula dari kaki bukit sehingga ke puncak. Operasi membabitkan 10 anggota polis, dua kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah dan seorang anggota Rela.
Seramai 15 pengunjung lagi diberi amaran kerana leka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan jika diulangi, kita akan saman.
Tindakan itu diambil berdasarkan Peraturan 16 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPN) P.U(A) 293/2021.
Jelasnya lagi, operasi sebegini akan dilakukan secara berkala dari semasa ke semasa. Pengunjung dinasihatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan diri lengkap dua dos vaksin sebelum menjalankan sebarang aktiviti.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM