Connect with us

Oh! Media

(Video) Bossku Berhenti Berjalan Selepas Terima Aduan Isu Ekzos Bising

Oh! Negara

(Video) Bossku Berhenti Berjalan Selepas Terima Aduan Isu Ekzos Bising

Apa pula yang menarik di aplikasi Tiktok kali ini? Sekarang tengah hangat isu ekzos bising dan rata-rata pengguna motosikal berasa kurang berpuas hati dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

ADVERTISEMENT

Terbaru, viral pula satu video yang menunjukkan beberapa individu membuat aduan secara terus kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau lebih mesra dengan panggilan Bossku sekarang.

Video ini dinaikkan oleh @FadleyJabal dan mendapat lebih 30,000 like.

@delijabal

#fyp #viral @bosskite #politik #politikmalaysia #fypdong #viral_video_tiktok @ezlyn54 @babyyana74 @misstura_achik @f_qasrina @elyidzz27 @10969vivian @

♬ bunyi asal – Fadley Jabal

Dalam video itu terlihat Najib yang berjalan bersama pengawalnya berhenti selepas mendengar seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati dengan saman ekzos bising.

Sebelum ini, Gerakan Belia 4B Malaysia turut menyatakan rasa tidak puas hati dengan saman yang dilihat berat sebelah dan menzalimi penunggang motor.

Di musim pandemik Covid-19 yang masih belum reda dengan kadar pengangguran yang tinggi, tentunya ramai menghadapi kesusahan berganda disaman dalam operasi ubah suai ekzos yang dijalankan.

Saya beranggapan bahawa jika pihak kementerian, kerajaan atau polis sekali pun memberi tempoh tiga sehingga enam bulan kerana kita sedang berdepan dengan pandemik. – Kata presiden mereka Fahami Ashrof.

Jadi, apa agaknya yang akan dilakukan Bossku Najib dengan aduan mereka agaknya? Sebab isteri Najib, Rosmah Mansor sebelum ni pun ada buat aduan yang dia tak boleh tidur sebab motosikal bising! Apa pandangan korang?

Kredit: @FadleyJabal | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas