Connect with us

Oh! Media

Pulau Pinang Mungkin Terpaksa Guna Air Selut Jika Masih…

5a32f27b 3785 4e04 849b 921c524466bc

Oh! Negara

Pulau Pinang Mungkin Terpaksa Guna Air Selut Jika Masih…

Masalah bekalan air seperti tidak berkesudahan di dalam negara ini. Sebelum ini, negeri Selangor sering dilaporkan menghadapi masalah bekalan air yang berpunca daripada pencemaran sungai. 

Terbaru, Pulau Pinang dikatakan mungkin bakal berdepan dengan masalah bekalan air pada masa akan datang jika kerajaan negeri itu masih berkeras untuk tidak membayar caj air kepada Kedah.

Muhammad Sanusi Md Nor selaku Menteri Besar Kedah, berkata beliau membayangkan kemungkinan di masa hadapan Pulau Pinang mungkin terpaksa menggunakan ‘air selut’ jika kerajaan negeri itu berkeras tidak mahu membayar caj air mentah kepada negeri Kedah.

IKLAN

Katanya, kerajaan Kedah kini sedang merancang beberapa projek yang dijangka mungkin akan memberi impak kepada aliran air Sungai Muda yang kini turut menjadi sumber air mentah kepada Pulau Pinang.

Projek-projek ini apabila dilaksanakan akan beri masalah kepada mereka (Pulau Pinang) jika tidak bayar (caj air mentah), tak apa dia gunalah (secara percuma), sampai hari keluar air selut, dia gunalah air (selut) tu. – Katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow baru-baru ini yang dilaporkan enggan memanjangkan isu penggunaan sumber air dari Sungai Muda, sebaliknya memilih untuk mempertahankan hak riparian negeri itu di mahkamah.

Muhammad Sanusi yang pernah menyatakan kesediaan untuk bersemuka di mahkamah berhubung isu itu bagaimanapun berkata, pihaknya masih membuka ruang kepada Pulau Pinang untuk menyelesaikan perkara tersebut secara timbang tara.

Proses (perbincangan isu air) mungkin sampai ke peringkat mahkamah, tapi saya akan mohon kerjasama Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk adakan proses timbang tara bagi mengatasi hal ini.

Kalau timbang tara itu tidak dapat dijayakan mungkin proses ini akan ke mahkamah… Saya akan pergilah ke hujung dunia pun untuk lawan perkara ini,” katanya.

Menurut Muhammad Sanusi, sebuah badan bertindak khas akan ditubuhkan untuk mengutip tunggakan hasil atau cukai yang kini mencecah lebih RM257 juta.

Katanya, antara tunggakan cukai tertinggi membabitkan hasil tanah, kediaman dan pendidikan.

Tunggakan ini ada yang sejak belasan tahun, jadi untuk pastikan hasil kerajaan ini dapat dikutip, badan bertindak ini akan mulakan operasi kutip cukai tertunggak ini dengan segera. – Katanya.

Moga ada penyelesaian yang baik buat kedua buah negeri ini.

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas