Connect with us

Oh! Media

‘Menteri Ramai Lihat Jam Berkali-Kali’ – Ahli Parlimen Minta Salinan Penerangan Dr Adham?

7ee4852e ab12 44ab 8add 2613190323f9

Oh! Negara

‘Menteri Ramai Lihat Jam Berkali-Kali’ – Ahli Parlimen Minta Salinan Penerangan Dr Adham?

Sebentar tadi berlangsungnya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberi penerangan mengenai tindakan menangani pandemik yang mengambil masa lebih 45 minit. Perkara ini mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan wakil rakyat pembangkang.

Menurut laporan Berita Harian, beberapa Ahli Parlimen bangun dan meminta supaya Menteri Kesihatan menyediakan salinan dokumen penerangan untuk diberikan kepada mereka selepas tamat pembaca teks penerangannya tadi.

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) menyatakan bahawa penerangan Dr Adham terlalu panjang.

IKLAN

Yang Dipertua (Datuk Azhar Azizan Harun) boleh minta salinan tak sebab menteri baca panjang dan banyak fakta, lama sangat sehingga menteri pun lihat jam berkali-kali.

Kemudian, Sivarasa Rasiah (PH-Sungai Buloh) meminta supaya Yang Dipertua Dewan Rakyat memastikan amalan menyediakan salinan dokumen kepada Ahli Parlimen terlebih dahulu, dipraktikkan.

Kita sudah mendengar penjelasan panjang daripada menteri, setakat ini kita belum terima salinan dokumen itu, sepatutnya amalan dalam dewan ini seperti ketika pentadbiran dahulu, salinan perlu disediakan di atas meja Ahli Parlimen.

Amalan sama juga diamalkan di Westminster, itulah amalan digunakan walaupun untuk penerangan lima minit tetapi ini penerangan sampai 45 minit. Saya minta Yang Dipertua ambil perhatian perkara ini sebab ini bukan rahsia tetapi sudah dibaca.

Betul juga tu, apapun semoga pandemik ini akan berakhir dan kita semua dapat hidup bebas seperti sediakala. 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas