Connect with us

Oh! Media

“Pilot Seludup Dadah Pun Salah Anthony Loke Ke?” – Syahredzan Johan

Ohmedia syahredza

Oh! Negara

“Pilot Seludup Dadah Pun Salah Anthony Loke Ke?” – Syahredzan Johan

Syahredzan Johan dakwa Pemuda MCA dangkal, guna politik low class.

Naib Pengerusi DAP, Syahredzan Johan tampil menegur kenyataan Timbalan Pengerusi Pemuda MCA Mike Chong Yew Chuan berhubung isu juruterbang yang didakwa seludup dadah ke luar negara.

Menerusi satu video yang dimuat naik, Syahredzan menyifatkan kenyataan yang mengaitkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dengan isu tersebut sebagai dangkal.

Syahredzan Johan tegur Pemuda MCA

Menurut Syahredzan, isu berkenaan sepatutnya dilihat dalam konteks kawalan sempadan dan kawalan keselamatan, bukannya diletakkan di bawah tanggungjawab Anthony Loke.

IKLAN

Jelasnya lagi, dua perkara itu bukan berada di bawah portfolio Anthony Loke dan pada masa sama, kes tersebut juga masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Dalam kenyataan sama, Syahredzan turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa Pemuda MCA cuba menggunakan isu tersebut untuk menyerang Anthony Loke.

Katanya, cara politik seperti itu tidak sepatutnya diamalkan, lebih-lebih lagi jika mahu membawa politik yang lebih matang.

Pemuda MCA nak main politik low class, nak keluar kenyataan dangkal macam ini, saya kecewa lah. Nak gunakan isu ini untuk serang Anthony Loke. Tak gentle lah macam ini. Sudah-sudahlah tu. Nampak low class sangat.

Syahredzan kemudian menyeru supaya orang muda membawa budaya politik yang lebih matang dan tidak sekadar mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyerang secara tidak tepat.

Penjelasan Pemuda MCA

Terbaharu, Timbalan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Mike Chong Yew Chuan tampil membalas kenyataan Syahredzan.

Dalam hantaran di Facebook, Mike menyeru Syahredzan supaya memahami keseluruhan kenyataannya dan tidak mudah melatah hanya dengan membaca tajuk.

Menurut Mike, Pemuda MCA tidak pernah menghukum mana-mana individu atau membuat kesimpulan mudah terhadap siasatan yang masih berjalan.

Sebaliknya, mereka hanya membangkitkan persoalan yang dianggap munasabah berhubung sistem pemantauan dan saringan kru penerbangan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas