Oh! Negara
Khairy Jamaluddin Akui PAS Dan BERSATU Bukan Musuh
Khairy Jamaluddin ajak penyokong BERSATU sokong calon BN di kerusi DUN yang tidak ditandingi PN.
Pada
Khairy Jamaluddin ajak penyokong BERSATU sokong calon BN di kerusi DUN yang tidak ditandingi PN.
Oleh
Khairy Jamaluddin tampil dengan seruan yang agak menarik menjelang saingan politik di Johor apabila mengajak penyokong PAS dan BERSATU memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional.
Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO itu, sokongan tersebut boleh diberikan di kawasan Dewan Undangan Negeri yang tidak ditandingi Perikatan Nasional, sama seperti langkah yang diambil PAS.

Memetik laporan Harian Metro, Khairy berkata langkah itu dilihat sebagai satu usaha untuk mengukuhkan penyatuan orang Melayu, khususnya di Johor.
Beliau memberi contoh di kerusi DUN Parit Yaani apabila calon PN tidak bertanding, sekali gus membuka ruang kepada penyokong BERSATU untuk menyokong BN.
Katanya, orang Melayu di Johor mahukan semangat bangsa Johor yang lebih bersatu dan tidak terus melihat antara satu sama lain sebagai musuh politik.
Kita semua datang daripada rumpun sama, jadi kita perlu bersatu…bukan bermusuh. PAS bukan musuh kita… BERSATU pun sama. Malah, BN pun tak ada musuh dengan sesiapa pun.- Katanya.

Khairy turut menjelaskan bahawa apabila ada rakan politik seperti PAS dan BERSATU tidak meletakkan calon, penyokong mereka boleh mempertimbangkan untuk memberi sokongan kepada BN.
Menurutnya, perkara itu bukan soal bermusuh, sebaliknya lebih kepada memilih pihak yang dirasakan lebih selesa untuk disokong di atas kertas undi.
Beliau berkata demikian selepas program Lunch Hour With KJ vs NS yang turut dihadiri calon BN DUN Parit Yaani, Datuk Najib Samuri di Parit Besar.

Dalam masa sama, Khairy menjelaskan beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengadakan perbincangan rasmi mengenai perkara itu.
Katanya, beliau kini hanyalah ahli biasa UMNO, namun percaya ada pihak lain yang sedang berbincang bagi mencari ruang kerjasama melibatkan penyokong BERSATU dan PAS.
Tambahnya, apabila tiada calon BERSATU bertanding, pengundi pastinya akan melihat pilihan yang ada antara BN dan Pakatan Harapan sebelum membuat keputusan.
Pssttt! Dalam politik ni, kadang-kadang musuh semalam boleh jadi kawan hari ini. Apa pun, paling penting pengundi kena nilai calon dengan matang, tengok siapa yang benar-benar boleh bawa suara rakyat dan bukan sekadar ikut sentimen semata-mata.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia kekal menyekat kemasukan rakyat Israel dan mempertahankan hak negara menentukan dasar sendiri.
Network School diarah tutup di Malaysia sebelum Balaji Srinivasan mengumumkan projek itu dipindahkan ke Kazakhstan.
Iran akui kini berperang secara penuh dengan Amerika Syarikat ketika konflik Timur Tengah terus memuncak dan...
Tunku Azizah pelawa masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot berpindah ke tanah milik baginda di Kuala...
Ahli Kongres AS, Greg Landsman dakwa Malaysia memulakan “pembersihan Yahudi” susulan pendirian terhadap warga Israel.