Connect with us

Oh! Media

“Darurat Tak Bantu Tangani Covid-19” – Datuk Seri Anuar Ibrahim Rayu Agong Tidak Teruskan Darurat

Oh! Negara

“Darurat Tak Bantu Tangani Covid-19” – Datuk Seri Anuar Ibrahim Rayu Agong Tidak Teruskan Darurat

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan pandangan berbeza tentang pelaksanaan darurat dan menegaskan bahawa pelaksanaan darurat ini tidak berkesan untuk menangani penularan wabak Covid-19

ADVERTISEMENT

Hal ini diucapkan oleh beliau ketika perbincangan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Hari ini.

Dalam perbincangan itu, Ketua Pembangkang itu menjelaskan bahawa beliau merayu kepada Al-Sultan Abdullah untuk tidak meneruskan Proklamasi Darurat.

Hal ini berlaku kerana dengan pelaksanaan darurat ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada negara, malah ia juga tidak membantu menangani permasalahan Covid-19 serta turut menjejaskan ekonomi terutamanya kepada golongan peringkat bawahan.

Saya tengok semua langkah yang boleh dilakukan tidak memerlukan darurat, jadi saya merayu kepada Seri Paduka Baginda menghalangnya dilanjutkan walaupun Tuanku jelas mengatakan patuh kepada semangat Raja Berperlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri.

Tambahnya lagi, Anwar menjelaskan bahawa pertemuan dengan Al-Sultan Abdullah itu tidak timbul soal berkaitan pembetukan kerajaan baharu selain menyatakan perkara itu tidak dibangkitkan langsung buat masa sekarang.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas