Connect with us

Oh! Media

“Sama Ada Disengajakan Ataupun Tidak, Saya Mahu Penguatkuasa Ambil Tindakan Sekeras-Kerasnya” – Agong

sultan ibrahim stoking allah ohmedia

Oh! Negara

“Sama Ada Disengajakan Ataupun Tidak, Saya Mahu Penguatkuasa Ambil Tindakan Sekeras-Kerasnya” – Agong

Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim murka dengan isu penjualan stoking yang tertera kalimah suci, ALLAH. Tunku Mahkota Johor (TMJ), juga sudah memberikan amaran sebelum ini.

BACA: “Kalimah ALLAH Adalah Suci…” – Tunku Mahkota Johor Gesa Tindakan Tegas Diambil

Walaupun pihak KK Mart sebelum ini sudah tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan apa yang berlaku, Sultan Ibrahim tetap mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil pihak berkuasa.

IKLAN

Sultan Ibrahim bertitah, isu ini tidak boleh dipandang remeh tidak kiralah apa alasan sekalipun.

image 49

Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan.

Saya baru sahaja menegur dan mengingatkan akan kepentingan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain dalam titah sulung saya di Parlimen, timbul pula perkara ini.

Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguatkuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali.

Baginda dalam pada itu turut bertitah, alasan yang diberikan syarikat terbabit tidak masuk akal kerana kakitangan mereka yang terdiri daripada warganegara Malaysia sepatutnya peka dengan produk yang dijual.

image 48

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas