Connect with us

Oh! Media

“Saya Diberi Tugas Oleh Pengerusi PH Selangor” – Altimet Sah Bertanding Kerusi DUN Lembah Jaya

altimet

Oh! Artis

“Saya Diberi Tugas Oleh Pengerusi PH Selangor” – Altimet Sah Bertanding Kerusi DUN Lembah Jaya

Altimet, penyanyi rap Malaysia ini sah bertanding pada Pilihan Raya (PRN) Selangor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.

ADVERTISEMENT

Menurut Altimet, dia berasa amat bersyukur kerana diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk membalas budi di Ampang.

Alhamdulillah saya rasa sangat terharu diberi peluang untuk membalas budi kepada Ampang setelah lebih 13 tahun bermastautin di sana.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman yang menyandang Ketua Cabang PKR Ampang memaklumkan dia yakin mampu menawan Lembah Jaya.

Saya telah diberikan tugas oleh Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menjadi Penyelaras di Lembah Jaya selama sembilan bulan sebelum pembubaran DUN.

Dari situ, saya dapat peluang belajar gerak kerja sebagai ADUN dan kenali penduduk di sana. Walaupun saya bermastautin di Bukit Antarabangsa tapi hati saya untuk berkhidmat di Lembah Jaya.

Dalam pada itu, seramai 20 calon PKR diumum akan bertanding di Selangor termasuk Menteri Besar Selangor yang kekal bertanding di DUN Sungai Tua.

altimet

Tambahan, seramai tujuh penyandang kerusi dikekalkan. Antaranya ialah Chua Wei Kiat (Rawang), Mohd Khairuddin Othman (Paya Jaras), Najwan Halimi (Kota Anggerik), Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang), Gunaraj George (Sentosa), Zawawi Ahmad Mughni (Sungai Kandis) dan Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat).

BACA: Altimet Nafi Terima Bayaran Politik Bagi Rakaman Lagu ‘Aduh Malaysia’

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas