Connect with us

Oh! Media

Siapa Sangka, YDPA Agong Ada Hubungan Rapat Dengan Raja Charles III

raja charles III

Oh! Lifestyle

Siapa Sangka, YDPA Agong Ada Hubungan Rapat Dengan Raja Charles III

Istiadat Pertabalan Pemerintah United Kindom (UK) Raja Charles III telah diadakan pada 6 Mei dengan penuh tradisi di Westminster Abbey, London.

ADVERTISEMENT

Istiadat Pertabalan itu disaksikan oleh Raja-raja di seluruh dunia dan pemimpin negara yang berangkat untuk menyaksikan pertabalan itu.

Malah, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta KDYMM Seri Paduka Banginda Raja Permaisuri Agong juga berangkat ke sana atas persilaan Baginda Raja Charles III sendiri.

Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi Istana Negara, lawatan khas itu amat penting kerana dapat menyatukan hubungan sedia ada antara Malaysia dan UK.

Lawatan khas itu amat signifikan dalam konteks menyatukan hubungan sedia ada dan akrab yang dikongsi antara Malaysia dan UK. Terutamanya di antara Institusi Diraja kedua-dua negara serta ikatan dalam Komanwel.

Raja Charles III

Persahabatan Selama Empat Dekad

Di dalam perkongsian itu, turut ada beberapa keping gambar baginda bersama Raja Charles III yang telah menjalinkan persahabatan sejak lebih empat dekad lagi.

Raja Charles III

Dalam pada itu, hubungan rapat antara dua pemimpin itu bermula sewaktu mereka remaja dan menyertai sukan polo bersama-sama di London.

Agong dan Raja Charles III juga selalu menyertai pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa untuk acara sukan berkuda.

Tambahan, kali terakhir Baginda Istana Buckingham ialah pada 12 Oktober 2022 lalu bersempena kunjungan hormat ke atas Raja Charles III.

BACA: #YTJT Ini 7 Tabiat Pelik Raja Charles III, Raja Britain Baharu

Kredit: Siakap Keli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas