Connect with us

Oh! Media

Calon PN, Md Yunus Meninggal Dunia, Pengundian DUN Tioman Ditangguhkan

dun tioman

Oh! Negara

Calon PN, Md Yunus Meninggal Dunia, Pengundian DUN Tioman Ditangguhkan

Calon Perikatan Nasional (PN) Md Yunus Ramli dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi. Disebabkan keadaan yang tidak disangka-sangka ini, proses pengungian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman akan ditangguhkan.

ADVERTISEMENT

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli di mana proses pengundian bagi Parlimen Rompin dan dua lagi DUN dibawahnya, iaitu Muadzam Shah dan Bukit Ibam akan berjalan seperti biasa.

Tarikh baru akan diumumkan nanti

Status DUN Tioman akan disahkan oleh ibu pejabat SPR dan perkembangan berkaitan tarikh baharu juga mereka akan buat. Penangguhan (pengeluaran kertas undi) hanya melibatkan DUN berkenaan sahaja.

Arwah Md Yunus hembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.30 pagi tadi selepas dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung. Md Yunus, 61 tahun yang juga merupada ahli PAS itu sepatutnya akan bertembung dengan Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional).

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas