
Oh! Negara
Tular Warga Emas Dimaki Hamun Calon Perikatan Nasional, Ini Perkara Sebenar..
Oleh
Tular di media sosial hari ini rakaman video memaparkan calon Perikatan Nasional Pulau Pinang dikenali sebagai Azah Aziz memarahi warga emas dengan kata-kata kesat.
BACA: Perikatan Nasional Kalah, Muhyiddin Yaasin Sedia Letak Jawatan?
Dalam rakaman yang dimuat naik pengguna Twitter Rozy Razit, kedengaran Ketua Srikandi Bersatu Bukit Gelugor tersebut meninggikan suara dan bertengkar.
Calon Perikatan Nasional maki warga emas
Tak tau pasal ape.. Tapi marah mcmane pun jangan la maki hamun org mcm tu kak oii.. Nak jd pemimpin kita kena hormat semua org.. Marah mcmane pun jangan di maki.. Baru org akan respect kita.. Tu je hakak nak ingatkan pd semua bakal² calon.. Tak kira la dr parti mana.. 😊 pic.twitter.com/C9unUSNj25
— Rozy Razit 🏴 (@RozyRazit) July 8, 2023
Namun, pasangan warga emas di dalam video termasuk Azah telah tampil menjelaskan isu yang tercetus sudah lama selesai. Mereka merupakan sepupu dan salah faham diselesaikan cara keluarga.
Katanya lagi, video yang disebarkan berniat jahat dan cuba mengaibkan keluarga tersebut.
Kredit: Twitter Rozy Razit | Oh My Media
