Connect with us

Oh! Media

Agong Zahir Pandangan Parlimen Perlu Diadakan Secepat Mungkin

Oh! Negara

Agong Zahir Pandangan Parlimen Perlu Diadakan Secepat Mungkin

Petang tadi baru sahaja selesai Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah telah memperhalusi semua pandangan termasuk dari pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar daripada pelbagai agensi kerajaa.

ADVERTISEMENT

Antara perkara yang telah dizahirkan Agong adalah untuk melakukan persidangan Parlimen secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dapat dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan pandangan perlu adanya pentadbiran Kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Sehubungan itu, Seri Paduka menzahirkan pandangan bahawa kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat supaya matlamat imuniti kelompok 80 peratus dapat dicapai secepat mungkin. – Kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Turut berangkat ke Istana Negara petang tadi adalah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah; Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah; Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir; Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, manakala Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hanya Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sahaja tidak berangkat dan turut hadir dalam Perbincangan Khas Raja-Raja adalah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Affendi Buang; Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas