Connect with us

Oh! Media

YDP Agong Titah Parlimen Perlu Bersidang Sebelum 1 Ogos Ini

Ydp Agong

Oh! Negara

YDP Agong Titah Parlimen Perlu Bersidang Sebelum 1 Ogos Ini

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya sidang Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021.

Yang di-Pertuan Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata, mereka telah mencadangkan satu persidangan khas kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut kenyataan itu, mereka menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan telah menyatakan komitmen serta kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti dititahkan oleh Seri Paduka Baginda.

IKLAN

“Pada majlis menghadap tersebut juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri  agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos 2021 mengikut peruntukan-peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan itu.

Ketika sesi majlis Mengadap, Agong telah menzahirkan pandangan baginda bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos tahun ini.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah menzahirkan tentang pentingnya persidangan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang untuk membincangkan isu-isu penting terutamanya tentang penularan wabak Covid-19.

Dalam majlis menghadap semalam, turut sertai sesi tersebut adalah timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan dua timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Rashid Hasnon.

Kredit : UtusanOnline

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas