Connect with us

Oh! Media

Jangan Leka! Ini Cara Untuk Kesan Kehadiran Kepala Air Ketika Mandi Sungai

kepala air

Oh! Inspirasi

Jangan Leka! Ini Cara Untuk Kesan Kehadiran Kepala Air Ketika Mandi Sungai

Selepas agak lama kita terkurung di dalam rumah berikutan wabak Covid-19, akhirnya kita sudah boleh melakukan aktiviti di luar rumah. Ini selepas pihak kerajaan memberikan kelonggaran setelah melihat penurunan kes dan negara juga telah hampir mencapai imuniti kelompok. Antara aktiviti yang menjadi pilihan ramai adalah bermandi-manda di sungai.

ADVERTISEMENT

Memang seronok dapat luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan sambil berkelah tepi sungai ni. Suasa paling best bila kita dapat lihat kehijauan alam dan dengar suasana hutan. Namun kita kena hati-hati sebab ada satu resiko utama bagi aktiviti mandi-manda dekat sungai ni, iaitu fenomena kepala air.

Apa itu kepala air dan macam mana boleh berlaku?

Sebelum ini pun sudah viral video yang menunjukkan kejadian kepala air yang datang secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan kematian di Filipina. Namun sebenarnya, kita boleh mengesan kehadiran kepala air ini dengan beberapa cara. Ini yang kita nak bincangkan.

Kepala air bermaksud gelombang aliran air yang terhasil secara mengejut dalam kuantiti yang besar dan ia bermula dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Fenomena ini kebiasaannya berlaku apabila hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

Cara-cara kesan kehadiran kepala air

Disebabkan itu kita perlu lari menyelamatkan diri jauh dari tebing sungai kerana kepala air akan datang dalam arus yang deras membawa keladak, batu, ranting kecil, dan kayu balak. Mungkin kita dapat selamatkan diri jika pandai berenang tapi pasti sukar jika kita dihentam dengan objek keras. Tak dapat bayangkan kalau kita dihanyutkan arus sungai lepas tu terhantuk kepala dekat batu sungai. Fuhh!

1. Langit gelap di bahagian hulu sungai

Sebaik sahaja tiba di lokasi air terjun atau sungai, kita digalakkan untuk melihat keadaan cuaca sekeliling sebelum melakukan sebarang aktiviti. Walaupun keadaan kawasan kita mandi cerah, kita perlu lihat keadaan langit di bahagian hulu sungai. Kalau langit gelap dan mendung, kemungkinan bahagian hulu sungai sedang hujan dan arus air yang deras dari atas akan turut ke bawah.

2. Bunyi guruh dan kilat

Kalau kita dah dengar bunyi guruh dan kilat dari arah hulu sungai, lebih baik untuk kita berhenti dari melakukan sebarang aktiviti air. Arahkan anak-anak untuk naik ke atas dan boleh segera berkemas untuk mengelakkan dari berlakunya perkara tak diingingkan. Elakkan dari berteduh di bawah pokok besar sebab takut disambar petir.

3. Bunyi batu sungai jatuh

Bila berlaku hujan yang lebat dekat hulu sungai, kita mesti boleh dengar bunyi batu-batu sungai yang jatuh dan berlaga. Bunyi batu sungai yang bergerak dan jatuh ke bawah ni sangat kuat, jadi agak pelik kalau kita tak menyedarinya.

4. Air sungai berbuih

Bila kepala air semakin dekat, kita akan dapat lihat perubahan warna air yang jernih kepada keruh. Air sungai juga akan berbuih dan paras sungai turut menaik dengan mendadak. Masa ni jangan buat-buat berani dan cepat-capat naik ke atas jauhkan diri dari tebing sungai. Tinggalkan barang-barang jika keadaan memaksa sebab nyawa lebih penting.

Selepas semua tanda-tanda ini terjadi, tidak lama selepas itu kita akan dapat melihat kepala air yang tiba dengan kelodak, daut reput, ranting, pokok dan segala sampah yang hanyut dibawa arus deras.

Sebaik sahaja kepala air dapat dilihat, kami galakkan untuk korang beransur pulang sebab tidak akan ada masa lagi untuk mandi sungai pada waktu itu. Ini kerana kepala air mengambil masa yang sangat lama untuk kembali tenang selagi hujan masih turun. Elakkan juga untuk melakukan sebarang aktiviti mandi sungai pada musim tengkujuh kerana hujan boleh turun bila-bila masa tanpa disangka.

Semoga perkongsian ini berguna untuk korang semua. Jaga diri dan keluarga, jangan abaikan SOP yang ditetapkan. #kitajagakita

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas