Trending
Sebanyak 15 Sungai Di Selangor, Kuala Lumpur Sudah Lepasi Paras Bahaya
Hujan lebat tanpa henti sejak semalam menyebabkan kira-kira 15 kawasan sungai di Selangor dan Kuala Lumpur melepasi paras bahaya, menurut portal info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Menurut laporan Kosmo, setakat 12 tengah hari tadi paras air di Sungai Klang, Sungai Gombak dan Sungai Langat mencatatkan peningkatan mendadak sehingga mencetuskan kebimbangan penduduk.
Senarai sungai yang sudah melepasi paras bahaya

Antara kawasan yang direkodkan melepasi paras bahaya dan waspada:
- Sungai Gombak (Jalan Tun Razak
- Sungai Klang (Jambatan Tun Sambanthan)
- Sungai Klang (Klang Gate)
- Sungai Klang (Taman Sri Muda, Klang)
- Sungai Kerayong (Cheras)
- Sungai Damansara (TTDI / Seksyen 17 Petaling Jaya)
- Sungai Batu (Sentul)
- Sungai Bunus (Danau Kota)
- Sungai Langat (Hulu Langat)
- Sungai Langat (Jenderam Hilir)
- Sungai Semenyih (Semenyih Lama)
- Sungai Bernam (Hulu Selangor)
- Sungai Binjai (Meru, Klang)
- Sungai Rasau (Seksyen 16 Shah Alam)
- Sungai Kuyoh (Seri Kembangan)
Siren amaran berbunyi, penduduk diingatkan berjaga-jaga

Terdahulu, tular di media sosial bunyi siren amaran di sekitar ibu negara menandakan paras air sungai sudah melepasi paras bahaya.
Dalam masa sama, pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif, terutamanya di sekitar Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) bagi mengelakkan risiko terperangkap dalam banjir kilat.
Pssttt! Musim hujan bukan masa untuk ambil mudah. Peka dengan amaran JPS, elakkan laluan berisiko dan utamakan keselamatan keluarga sebelum apa-apa.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM