Connect with us

Oh! Media

Atikah Suhaime Saran Pergi Restoran Mewah Dan Main Golf Kalau Nak Cari Suami Kaya

Ohmedia atikah Suhaime 2

Oh! Artis

Atikah Suhaime Saran Pergi Restoran Mewah Dan Main Golf Kalau Nak Cari Suami Kaya

Pelakon cantik menawan, Atikah Suhaime sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi tip ‘unik’ untuk mencari suami kaya yang mungkin ramai tak sangka.

Dalam satu komen di TikTok, Atikah memberitahu sebelum mendirikan rumah tangga, dia sanggup berjimat semata-mata untuk menikmati makan malam di restoran mewah.

Netizen nak cari suami kaya macam Atikah Suhaime

@atikahsuhaimeeee

Siapa rindu tengok tika buat Mukbang omakase? Im backkkk. Habis dah pantang. Ini kat Kaze Omakase. enjoyyy! #fyp #mukbang #omakase #finedining #japanesefinedining

♬ original sound – TikaMe – TikaMe

Tapi bukan sekadar makan ya, sebab dekat situlah katanya dia bertemu jodoh dengan suami tercinta, Datuk Lokman Teh.

IKLAN

Dulu saya berjimat setahun sekali makan dekat restoran macam ini. Dekat tempat macam inilah saya jumpa suami. Cubalah, mana tahu satu hari nanti dapat.

Perkongsian itu dibuat sebagai respons kepada seorang pengguna TikTok yang berseloroh ingin merasa makanan sekitar RM1,000 seperti Atikah dan mencari suami yang boleh sponsor makan mewah.

Kata Atikah lagi, dari dulu dia lebih gemar makan mewah daripada bercuti ke luar negara. Masing-masing mempunyai kepuasan sendiri kan?

Tip lokasi ‘strategik’ buat gadis yang berani cuba nasib

Atikah Suhaime

Menariknya, Atikah bukan saja cadangkan restoran mahal, tapi turut berkongsi satu lagi lokasi yang dianggap ‘lubuk’ golongan berduit iaitu padang golf.

Lagi satu tempat main golf. Mahal tapi sekali sekala pergilah saja-saja.

Sebelum itu, Atikah memuat naik video bersama suaminya sedang menikmati makan malam romantik di sebuah restoran Jepun, dengan jumlah bil melebihi RM800.

Ini membuatkan netizen teruja dan berimpian untuk menjadi bertuah seperti Atikah Suhaime.

Pssttt! Memang best tengok Atikah makan makanan Jepun tu, sekali makan RM800 ke RM1,000 tau. Fuh!

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas