Oh! Negara
Lagu Parodi ‘Abuya’ Membuktikan Rakyat Malaysia Sangat Kreatif, Akan Diturunkan Jika Ada Laporan Polis
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan beliau mengetahui tentang lagu ‘Abuya’ yang sedang viral ketika ini sehingga mempunyai banyak versi.
Ada versi koir, ada versi rock, macam-macam. Ini membuktikan rakyat Malaysia kreatif.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan menurunkan lagu parodi berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sekiranya menerima arahan daripada pihak polis.
Menurut Fahmi, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai isu tersebut.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM