Trending
“Saya Pun Tak Tahu Apa Salah Saya Dah” – Haqiem Stopa Dakwa Dihalang Dari Jumpa Anak
Haqiem Stopa persoal sampai bila keadaan ini berlaku.
Isu melibatkan anak selepas perceraian sememangnya antara perkara paling sensitif, lebih-lebih lagi bila emosi kedua-dua pihak masih belum reda.
BACA: “Dia Tetap Ayah Kepada Hud, Perbaiki Diri” – Aireena Sofia Sah Bercerai Dengan Haqiem Stopa
Terbaharu, pempengaruh popular Haqiem Stopa mencuri perhatian apabila meluahkan rasa kecewa mendakwa sukar untuk berjumpa anaknya selepas berpisah dengan bekas isteri, Aireena Sofia pada Januari lalu.
Dakwa dah ikut syarat bekas isteri, tak dapat jumpa anak tiap kali gaduh
Menerusi perkongsian di media sosial, Haqiem mendakwa dia telah mengikut segala syarat yang ditetapkan termasuk jadual pertemuan, namun tetap tidak berpeluang untuk bertemu anaknya.

Menurutnya, dia juga cuba menyesuaikan diri dengan jadual bekas isterinya walaupun keadaan itu menyukarkan.
“Aku nak jumpa anak darah daging aku”

Dalam satu lagi perkongsian, Haqiem mengakui kesilapan lalu namun tetap berharap diberikan peluang untuk melihat anaknya.
Kalau hal-hal lain mungkin aku okay je nak cakap apa pun. Tapi kalau bab anak aku rasa tak mampu aku nak tahan. Tak kejam pun jika tak maafkan silap aku yang lalu. Aku tahu aku silap. Tapi aku nak jumpa anak yang darah daging aku. Aku nak tengak dia setiap hari. Yang sakit bila ada gaduh ke apa aku mesti tak dapat jumpa anak.
Luahan penuh emosi itu menyentuh hati ramai netizen yang turut meninggalkan pelbagai reaksi.
Pssttt! Perceraian bukan sekadar berpisah antara suami dan isteri, tetapi turut memberi kesan besar kepada anak-anak. Dalam apa jua situasi, keutamaan seharusnya diberikan kepada kebajikan dan emosi anak. Semoga ada jalan terbaik buat kedua-dua pihak demi kebaikan semua.
Kredit: Thread Haqiem Stopa
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM