Revolusi serta penambahan watak-watak yang berbeza dari tahun ke tahun menjadikan ia semakin digemari ramai termasuklah golongan dewasa juga turut meminatinya.
Malah terdapat juga individu yang gemar mengumpul patung Ultraman sehinggakan sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata mahu melengkap koleksi seluruh watak tersebut.
Ultraman Ribut mula mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia
Dari banyak watak-watak yang direka, terdapat satu daripadanya berasal daripada Malaysia yang dinamai Ultraman Ribut dan sehingga kini, ia semakin menjadi sebutan masyarakat di negara ini.
Ultraman Ribut mula diperkenalkan oleh sebuah syarikat di Jepun bernama Tsuburaya Productions pada tahun 2019 dan mula ditayangkan di seluruh negara dalam siri Ultra Galaxy Fight: New Generation Heroes.
Pada awalnya, orang ramai mula mengenali watak ini menerusi sebuah siri animasi tempatan, Upin dan Ipin sebagai watak sampingan dalam salah satu episodnya.
Namun, selepas mendapat permintaan ramai, produksi tersebut tanpa menunggu lama terus ‘mempaternkan’ watak Ribut sebagai salah seorang dalam keluarga besar Ultraman.
Papar aksi serta budaya Melayu
Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian penonton adalah aksi serta budaya Melayu yang diketengahkan oleh watak itu setiap kali melakukan pertarungan.
Selain itu, rakyat Malaysia juga berasa bangga kerana setiap episod dalam siri tersebut sering menunjukkan aksi serta corak berlawan seiras seperti silat.
Bukan sahaja menampilkan aksi seni mempertahankan diri bangsa Melayu sahaja, malah watak manusia (Human Host) juga turut siap mengenakan tengkolok dan samping serta busana Melayu.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube, kita boleh melihat aksi watak utama dalam siri tersebut yang bernama Terasawa menampilkan silat serta busana Melayu.
Netizen beri pelbagai reaksi
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bangga selepas melihat budaya mereka mula dikenali selain turut berterima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan watak ini ke seluruh negara.
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mencapai lebih daripada 7,000 jumlah tontonan serta mendapat 171 tanda suka.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.