Connect with us

Oh! Media

Lebih 520 Jenama F&B Bakal Meriahkan MIFB 2026 Di KLCC

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Bisnes

Lebih 520 Jenama F&B Bakal Meriahkan MIFB 2026 Di KLCC

MIFB 2026 bawa lebih 520 peserta dari 85 negara ke KLCC dengan tiga pameran F&B dalam satu pas percuma.

Malaysian International Food and Beverage Trade Fair 2026, MIFB 2026 nampaknya bakal jadi antara acara besar yang patut diberi perhatian oleh pemain industri makanan dan minuman.

Bukan sekadar tempat tengok produk baharu, tapi ruang untuk cari pembekal, teknologi, idea bisnes dan peluang kerjasama.

Acara ini akan berlangsung dari 15 hingga 17 Julai 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre. Lebih menarik, MIFB 2026 bakal menghimpunkan lebih 520 peserta dari lebih 85 negara dengan jangkaan lebih 13,000 pengunjung perdagangan.

IKLAN

Satu pas untuk tiga pameran

2205

Apa yang buat MIFB 2026 nampak lebih padu, pengunjung boleh akses tiga acara serentak dengan satu pas perdagangan percuma. Tiga acara itu ialah MIFB, Malaysia Cafe Expo dan MyFoodTech Exhibition.

MIFB memberi fokus kepada produk makanan, minuman, produk halal serta makanan laut segar, sejuk dan sejuk beku. Malaysia Cafe Expo pula menghimpunkan solusi kafe, bakeri, kopi istimewa dan peralatan berkaitan.

Sementara itu, MyFoodTech Exhibition mengetengahkan teknologi pemprosesan makanan, pembungkusan dan automasi. Senang cerita, daripada bahan mentah sampai ke mesin dan sistem operasi, semuanya ada dekat satu tempat.

Bukan sekadar pameran makanan

2203

Dengan keluasan lebih 15,000 meter persegi, MIFB 2026 bukan acara kecil-kecil. Ia jadi medan untuk pemilik restoran, kafe, kilang makanan, rangkaian runcit dan pengimport cari peluang baharu dalam industri F&B.

Untuk pemilik kafe, mereka boleh bandingkan pembekal kopi, sistem jualan dan solusi pembungkusan. Untuk pengeluar makanan pula, mereka boleh jumpa pembekal bahan dan vendor teknologi pemprosesan dalam hari yang sama.

Acara ini juga memberi tumpuan kepada kategori yang sedang meningkat seperti Ready-to-Eat, Ready-to-Cook dan Ready-to-Drink. Ini memang selari dengan trend pengguna sekarang yang mahukan makanan lebih cepat, mudah dan praktikal.

Ilmu, teknologi dan peluang global

2206

MIFB 2026 turut membawakan sesi perkongsian melalui MIFB Knowledge Hub. Antara topik yang diketengahkan termasuk penggunaan AI, data operasi, strategi bina jenama, francais, pelesenan dan peluang eksport.

Antara tumpuan besar lain ialah peluang dalam pasaran halal global yang bernilai US$7 trilion. Ini boleh jadi ruang penting untuk jenama tempatan yang mahu berkembang ke pasaran antarabangsa.

Dalam Malaysia Cafe Expo pula, Malaysia National Coffee Championship akan menjadi pentas untuk mencari barista terbaik negara. Dua nama yang pernah mencipta kejayaan di pentas dunia juga dijadualkan kembali pada 17 Julai 2026.

MIFB 2026 turut menampilkan MIFB Connect, Buyer Programme, Launchpad, ChefTable, Talk dan HalalHub. Semua ini membuka ruang kepada pemain industri untuk bina hubungan, cari pembeli, dapatkan panduan halal dan lihat sendiri potensi produk di pasaran.

Pssttt! Dalam bisnes F&B, peluang besar kadang-kadang datang bila korang berani keluar tengok pasaran, jumpa orang industri dan belajar benda baharu. Jadi kalau korang memang serius dalam bidang makanan dan minuman, MIFB 2026 ini memang nampak macam acara yang rugi kalau dilepaskan.

Kredit: MIFB
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Ke Atas