Oh! Negara
“Kamu Boleh Ubah Nama, Tarikh Dan Tempat” – Akmal Saleh Sindir Nga Kor Ming, Kongsi Contoh Surat Letak Jawatan
Akmal Saleh sindir Nga Kor Ming sambil kongsi contoh surat letak jawatan di Facebook.
Perkongsian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang secara terbuka menyindir Nga Kor Ming berhubung isu peletakan jawatan selepas Barisan Nasional menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran tersebut, Akmal turut memuat naik salinan surat peletakan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan rujukan oleh Nga Kor Ming.
Akmal kongsi surat letak jawatan sebagai rujukan
Akmal berkata surat peletakan jawatan berkenaan bertarikh 19 Januari 2026 dan ditujukan kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka.
Menurutnya, surat tersebut boleh dijadikan contoh sekiranya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mahu menulis surat peletakan jawatan sebagai menteri.

Perkongsian itu turut disertakan tanda pagar #letakjawatannngakorming, sekali gus mengundang perhatian netizen terhadap sindiran yang dilemparkan.
Setakat ini, belum ada kenyataan balas daripada pihak Nga Kor Ming berhubung hantaran tersebut.
Pssttt! Bila isu politik dibawa ke media sosial, memang cepat sahaja jadi bahan perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila melibatkan sindiran secara terbuka antara pemimpin. Apa-apa pun kita tunggu respon Nga Kor Ming.
Kredit: Facebook Akmal Saleh
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

