Connect with us

Oh! Media

Netizen Dikecam ‘Mengemis’ Minta Siti Nurhaliza Topup RM400 Beli Set Mewarna Anak

Ohmedia ibu Set Mewarna

Oh! Tidak

Netizen Dikecam ‘Mengemis’ Minta Siti Nurhaliza Topup RM400 Beli Set Mewarna Anak

Wanita tersebut berkata, dia sudah kumpul RM400 dan perlu bantuan Siti Nurhaliza RM400 je lagi.

Tular di media sosial apabila seorang netizen dilihat meminta bantuan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menambah wang bagi membeli set buku dan mewarna buat anaknya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi apabila ada pihak menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan, lebih-lebih lagi apabila barangan berkenaan dikatakan mencecah harga sekitar RM800.

Nak hadiahkan set mewarna kesukaan anak

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, individu berkenaan memaklumkan anaknya sangat menyukai set buku dan mewarna tersebut, namun dia tidak mampu mencukupkan jumlah yang diperlukan.

IKLAN
siti nurhaliza

Komen itu kemudian menjadi perhatian ramai apabila ada netizen mula mempersoalkan tindakan meminta wang secara terbuka semata-mata untuk membeli hadiah buat anak.

Malah, personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya turut tampil memberi teguran pedas dan menasihatkan agar tidak terlalu memaksa diri sekiranya tidak berkemampuan.

Kalau lampu katakan lampu
Tak akan sumbu cahaya melimpah
Tak mampu akurlah tak mampu
Jangan sampai membuang maruah

Teguran itu mendapat perhatian ramai dan menerima ribuan tanda suka daripada pengguna media sosial lain.

Dalam masa sama, seorang pengguna Threads turut berkongsi pandangan bahawa sikap segelintir ibu bapa yang terlalu mahu memenuhi permintaan anak boleh memberi kesan kepada pembentukan emosi mereka.

Rata-rata netizen berpendapat tiada salahnya ibu bapa mahu menggembirakan anak, namun ia tidak sepatutnya sampai perlu meminta-minta kepada individu terkenal.

Pssttt! Naluri ibu bapa memang mahu beri yang terbaik untuk anak, tapi kemampuan diri juga perlu diukur. Kalau sesuatu itu terlalu mahal, mungkin ada cara lain yang lebih sederhana untuk gembirakan anak tanpa perlu memalukan diri sendiri.

Kredit: Thread @maizanasa
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas