
Oh! Lifestyle
Pakar Cadang Harga Rokok Naik Ke RM31.74 Sekotak
Kajian cadang harga rokok naik ke RM31.74 sekotak untuk turunkan kadar perokok.
Harga rokok di Malaysia yang kini sekitar RM17.40 sekotak sebenarnya masih dianggap terlalu murah dan mampu milik bagi kebanyakan rakyat.
Disebabkan itu, satu kajian antarabangsa menyarankan harga rokok dinaikkan lebih tinggi, sekurang-kurangnya RM31.74 sekotak. Harga ini dilihat perlu kalau Malaysia benar-benar serius nak turunkan kadar merokok kepada 15 peratus.
Hampir 1 daripada 5 rakyat Malaysia adalah perokok…
Data menunjukkan 18.2 peratus rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas masih lagi merokok. Ini bukanlah angka kecil dan menunjukkan tabiat merokok masih berakar kuat dalam masyarakat kita.
Kalau harga sekarang masih tak cukup untuk buat perokok fikir dua kali, adakah RM31.74 sekotak mampu jadi pemangkin untuk mereka berhenti?
Untuk capai harga baharu tu, cukai rokok dicadangkan dinaikkan daripada RM8.98 kepada RM23.32 sekotak, satu peningkatan sebanyak 159%.
Bukan saja langkah ini berpotensi mengurangkan bilangan perokok, tapi ia juga dikatakan boleh menjana pendapatan tambahan sehingga RM2.6 bilion kepada kerajaan. Dua dalam satu bantu kesihatan rakyat dan bantu ekonomi negara.
Pssttt! Ohmedia rasa ini cadangan yang cukup berani dan boleh jadi turning point untuk kesihatan negara kita. Tapi macam biasa, keberkesanan sesuatu langkah bergantung juga pada penguatkuasaan dan kesedaran rakyat sendiri. Kalau korang ada niat nak berhenti merokok, tak payah tunggu harga naik pun, kesihatan korang lebih mahal dari RM31.74 tu!
Kredit: The Star
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
