Oh! Negara
“Saya Tak Ada Masalah Orang Mengkritik Cukai Tapi..” – Anwar Ibrahim
PM Anwar sedia dikritik isu cukai & tarif elektrik, tapi pesan jangan guna fakta salah hingga jadi fitnah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan sentiasa terbuka untuk menerima teguran atau kritikan. Tapi katanya, biarlah kritikan itu berasaskan fakta yang tepat dan bukan main sembur sesuka hati di media sosial.
Berucap dalam Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini, Anwar menyentuh isu hangat yang dibangkitkan oleh segelintir mahasiswa mengenai pelarasan bil elektrik.
Saya lihat ada beberapa mahasiswa mengeluh tentang pelarasan bil elektrik, saya tidak faham. Kadar elektrik tak naik, adakah benar dia terkesan. Kalau benar, kita harus betulkan kerana universiti awam dikecualikan.- Kata Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim tegaskan, jangan guna ‘kebebasan’ untuk maki hamun…

Anwar juga menegur cara sesetengah pihak yang menyebarkan maklumat tidak tepat dengan alasan kebebasan bersuara, yang akhirnya boleh membawa kepada budaya fitnah dan maki hamun.
Hal-hal ini umpamanya kalau disebar kerana kebebasan, itu akan jadi ruang fitnah, ruang maki hamun. Jadi saya harap saudara saudari, adik-adik atau anak-anak, tolong berikan fakta, saya tidak ada masalah orang menegur dan mengkritik.- Katanya lagi.

BACA: Sokongan Terhadap Anwar Ibrahim Meningkat, Bukti Negara Stabil?
Beliau turut menjelaskan bahawa pelarasan tarif elektrik dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)bukan dibuat sesuka hati. Tujuannya jelas, supaya golongan berkemampuan menyumbang lebih demi keadilan bersama.
Menurutnya, langkah ini juga untuk melindungi rakyat yang berpendapatan rendah daripada tekanan kewangan yang tidak wajar.
Pssttt! Zaman sekarang ni memang semua orang ada akses nak luahkan pendapat. Tapi, bila bercakap soal isu negara macam cukai dan tarif elektrik, kita kena lebih bertanggungjawab. Seperti yang PM Anwar sendiri kata, kerajaan sedia terima teguran tapi biar melalui saluran yang betul dan bukannya dengan menyebar fitnah yang boleh rosakkan keharmonian.
Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM