Oh! Artis
“Macam Mana Info Dalaman Ini Diketahui?” – Yuran Sekolah Anak Didakwa Tertunggak, Fattah Amin Bersuara
Fattah Amin mohon orang ramai ‘report’ akaun palsu yang sebar fitnah tentang dirinya.
Pelakon popular, Fattah Amin tampil bersuara selepas sebuah akaun Threads didakwa kerap menyampaikan naratif buruk mengenai dirinya.
BACA: “Hanya Yang Terbaik Buatmu” – Fazura Kongsi Momen Hadir Bersama Fattah Amin Demi Anak
Terbaru, akaun yang menggunakan nama Musang Berjanggut itu mendakwa Fattah tidak menjelaskan yuran persekolahan anak sehingga ianya tertunggak.
“Nampak gaya awak seperti ada access tentang personal melibatkan saya dan bekas isteri”

Jika sebelum ini, Fattah tidak ambil kisah tapi dakwaan kali ini disifatkan melampau. Selebriti ini memohon individu itu menyemak sendiri dengan pihak sekolah mengenai yuran persekolahan Fatima.

Fattah turut mempersoalkan bagaimana maklumat dalaman yang melibatkan urusan peribadi dia dan bekas isteri boleh diketahui oleh akaun tersebut.
Menurutnya lagi, hal berkaitan yuran dan urusan sekolah sepatutnya menjadi perkara sulit antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Fattah turut mendakwa dia sudah lama membuat laporan terhadap akaun berkenaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Katanya, laporan itu dibuat kerana akaun terbabit didakwa sudah bertahun-tahun mewujudkan fitnah terhadap dirinya namun tiada tindakan lanjut.

Dalam hantaran terakhir, Fattah turut menegaskan bahawa fitnah boleh memecah-belahkan keharmonian masyarakat.

