Oh! Artis
“Baddie?! More Like Badut” – Ammar Alfian Sindir Zarina Anjoulie Selepas Tewas Dalam Perlawanan Tinju
Zarina Anjoulie tewas kepada DJ Anggun Maharani dalam aksi tinju di Jakarta.
Nama selebriti Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju menjadi perhatian selepas menyertai perlawanan tinju di Jakarta Boxing Open.
Menerusi perkongsian di media sosial, DJ Anggun Maharani diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Influencer Fight, sekali gus menyaksikan Anju tewas dalam aksi tersebut.
DJ Anggun Maharani diumum pemenang
Perlawanan itu berlangsung pada 26 Julai 2026 di Bengkel Space SCBD, Jakarta. Difahamkan, itu merupakan kemunculan pertama Anju dalam dunia tinju.
Walaupun kalah, Anju dikatakan menerima keputusan perlawanan itu dengan hati terbuka. Anju memaklumkan perlawanan itu sebagai satu pengalaman yang baik meskipun keputusan tidak berpihak kepadanya.

Apa yang mencuri perhatian adalah komen pelakon Ammar Alfian yang seolah-olah menyindir kekalahan Anju. Menerusi ruangan komen Instagram Jakarta Boxing Open, Ammar menulis bahawa ‘kifarah’ boleh hadir dengan cara yang tidak dijangka.
Katanya, Anju kelihatan seperti badut dan sepatutnya tutup mulut daripada berkata buruk mengenai dirinya.

Komen tersebut kemudian menarik perhatian netizen, lebih-lebih lagi apabila ia dikaitkan dengan kenyataan atau konflik sebelum ini antara mereka.

