Connect with us

Oh! Media

Video Dirakam Spontan, Opai Tampil Mohon Maaf Dan Tiada Niat Hina Sesiapa

opai

Oh! Artis

Video Dirakam Spontan, Opai Tampil Mohon Maaf Dan Tiada Niat Hina Sesiapa

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Opai sekali lagi mengundang kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan mengguris hati pemilik kenderaan biasa.

ADVERTISEMENT

Menerusi rakaman video tular, Opai atau nama sebenarnya Alif Awang berkata hanya kereta supercar dibenarkan hadir ke acara 100 buah supercar di Pavillion Kuala Lumpur.

Apa yang tak sedap didengar apabila lelaki ini menggelarkan kereta lain sebagai najis.

https://www.tiktok.com/@fk8rska/video/7239664031445896449

Sedar dirinya menerima kritikan, Opai menerusi hantaran di Instagram Story memohon maaf dan menjelaskan video rakaman adalah spontan.

Opai tampil mohon maaf

Katanya, dia tak ada niat untuk menghina sesiapa. Kenyataan di dalam video adalah gurauan ditujukan kepada rakan-rakannya yang membawa Mustang, AMG dan FK8R ke acara pada hari itu.

@abeyjaawithfad_ Steadyy Opaii Alpiaw Buat Permohonan Maaf🙏🏻 Mengenai Content Yang Viral Di Pavilion #fyp #honda #opaialpiaw ♬ original sound – Pemain Bola

Jelasnya lagi, keadaan pada hari itu masing-masing tengah seronok dan dia sedar rakaman hanyalah sekadar content sahaja.

BACA: “Jangan Bawa Najis Dekat Sini” – Opai Buat Hal Lagi, Dikecam Gara-Gara Hina Kereta Biasa

Terdahulu, Yang Amat Mulia Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman turut menegur tindakan jutawan muda ini yang seolah-olah bongkak dan merendah-rendahkan orang lain.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas