Connect with us

Oh! Media

“Terpulanglah, Buku-Buku Dan Ulama Kita Kata Sahih” – Ustaz Don Tak Pernah Ada Niat Seleweng Rakyat Malaysia

ustaz don

Oh! Artis

“Terpulanglah, Buku-Buku Dan Ulama Kita Kata Sahih” – Ustaz Don Tak Pernah Ada Niat Seleweng Rakyat Malaysia

Hari ini kita masih menantikan beberapa penjelasan daripada pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid selepas terkait dengan beberapa isu seperti ilmu yang diajarnya kepada umum.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, Ustaz Don dalam satu temu bual pernah menjawab perkara ini dan menegaskan beliau tidak mempunyai niat untuk menyeleweng mana-mana pihak.

Ustaz Don yakin buku dan ulamanya benar…

Saya tidak pernah ada niat untuk menyeleweng rakyat Malaysia.

Ada sesetengah orang kata hadis tak sahih, terpulanglah. Bacaan dan buku dia kata tak sahih. Buku-buku dan ulama kita kata sahih.

Tiada masalah. Benda itu pegangan masing-masing. Kita tidak boleh suruh orang ikut pegangan kita dan mereka pun tak boleh suruh kita ambil pegangan mereka.

Dalam pada itu, Ustaz Don turut memberi jaminan dia akan berusaha untuk menjadi guru yang baik kepada anak-anak di luar sana.

Jadi, jangan takut sepertimana saya nak anak saya berjumpa dengan guru yang betul. Saya akan berusaha menjadi guru yang betul kepada anak-anak tuan-tuan.

Sebelum ini, pihak RTM memaklumkan akan merehatkan Ustaz Don daripada program Salam Baitullah disebabkan kontroversi yang berlaku sehingga ianya selesai.

@ar_rayyanchannel kredit to @Suria Malaysia #ustazdondaniyal ♬ Sad Music – Max-Music

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas