Connect with us

Oh! Media

nabil ahmad

Oh! Artis

Didakwa Cuba ‘Back Up’ Ustaz Selebriti, Nabil Ahmad Mohon Maaf Jika Ayat Menyinggung

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad dikecam selepas didakwa cuba ‘back up’ pendakwah selebriti yang direhatkan daripada stesen TV.

ADVERTISEMENT

BACA: Nabil Ahmad Akhirnya Perjelas Video Dirinya Tak Tutup Aurat Yang Tular

Ketika mengendalikan sebuah rancangan baru-baru ini, Nabil berkata, kita kini sedang melalui zaman di mana orang-orang baik sedang diuji (direhatkan).

Ujar Nabil, ada orang terlebih bijak dan pandai membuat penghasutan terhadap golongan asatizah padahal apa yang diperkatakan ada kebenarannya.

Tambahnya, walaupun tidak benar, mungkin perkara itu boleh dibincangkan dengan baik.

Terbaru, Nabil tampil dengan satu permohonan maaf jika kata-katanya ada mengundang rasa tidak selesa mana-mana pihak.

nabil ahmad

Pengacara ini akan cuba lebih berhati-hati di masa akan datang dan mengakui segala perkara buruk datang dari dirinya sendiri.

Kredit: Instagram Nabil Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas