Connect with us

Oh! Media

Ustaz Don Ditangguhkan Untuk Buat Ceramah Dan Kuliah Di Selangor?

Ustaz don jais ohmedia

Trending

Ustaz Don Ditangguhkan Untuk Buat Ceramah Dan Kuliah Di Selangor?

Di media sosial tersebar satu notis dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung penangguhan ceramah dan kuliah agama melibatkan Ustaz Don. Biar betul ni?

BACA“Saya Minta Maaflah Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan” – Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan

Menurut laporan Harian Metro, segala agensi dan institusi masjid, surau serta musollah di Selangor perlu menangguh pembabitan Ustaz Don dalam notis yang bertarikh 21 Jun 2024 itu.

IKLAN

Sehubungan dengan itu, sebarang program ceramah/kuliah membabitkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di Negeri Selangor hendaklah ditangguhkan.

Penangguhan membabitkan semua program yang telahpun mendapat persetujuan awal untuk dilaksanakan dan termasuk sebarang program yang sedang di peringkat perancangan.

Sebarang perubahan berkaitan penangguhan ini akan dimaklumkan semula.

Kalau korang tengok notis itu, nampaklah ada tandatangan pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad di akhirnya. 

Bukan tu jer, pihak Harian Metro ada menghubungi Shahzihan tapi beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu. Ustaz Don juga tidak memberi apa-apa respon ketika dihubungi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas