Connect with us

Oh! Media

Rita Rudaini Bella Astillah

Oh! Artis

Rita Rudaini Dedah Bella Astillah Pernah Minta Sesuatu Kepadanya Ketika Rumah Tangga Bergolak

Rupanya penyanyi, Bella Astillah pernah berjumpa dengan pelakon, Rita Rudaini semasa rumah tangganya bergolak sebelum ini untuk meminta kata-kata semangat.

BACA“Tahniah Bekas Sahabat, Ruhainies..” – Bella Astillah

IKLAN

Menurut laporan Oh! Bulan, Rita Ridaini yang mendedahkan perkara itu berkata dia telah memberi pesanan buat Bella untuk terus kuat menjalani ujian hidup demi kedua-dua anaknya.

Saya tak rapat dengan dia (Bella), cuma saya mengikuti kisahnya yang sudah banyak kali terkena sampai saya jadi letih. Jadi, saya minta untuk beritahu Bella supaya sudahlah.

Kemudian, saya jumpa Bella semasa program Melodi Raya 2024 dan dia juga memang ada niat hendak jumpa saya. Dia kata sebab hendak ambil kekuatan dan tanya bagaimana saya boleh kuat.

Saya cakap senang sahaja, kalau hendak kuat tengok anak. Awak hidup untuk siapa? Untuk jaga suami atau jaga anak? Selepas itu, bila tengok sekarang Bella sudah nampak semakin kuat.

Bukan tu jer, Rita juga berkata yang walaupun dia pernah bercerai, dia tidak pernah sekalipun berniag untuk menggalakkan perpisahan.

Saya bukanlah mahu meraikan atau menggalakkan perceraian, tapi sebagai sahabat industri saya lihat apa yang dia lalui sangat tragis dan sudah banyak kali sudah terkena.

Ramai orang cakap supaya kesian dekat anak kalau bercerai dan saya paling tak suka itu. Sebenarnya itu salah, kalau betul kesian kepada anak, bawa dia keluar daripada lingkungan toksik.

Jangan fikir tak mahu cerai sebab kesian kepada anak, kalau macam itu mungkin kamu yang tak boleh hidup tanpa lelaki. Kita wanita perlu kuat.

Selepas itu, saya dan Bella hanya berbalas mesej sahaja. Saya pun tak mahu ganggu dia sebab dah nampak makin baik dan selesa. Jadi, saya tak mahu ganggu dan biarkan dia kuat sendiri.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas