Connect with us

Oh! Media

Sedih Netizen Belum Terima Diri Sebagai Penyanyi, Aliff Syukri Minta Jangan Kecam Isteri Sedang Hamil

Oh! Artis

Sedih Netizen Belum Terima Diri Sebagai Penyanyi, Aliff Syukri Minta Jangan Kecam Isteri Sedang Hamil

Sebelum ini tular di media sosial mengenai video memaparkan usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri memakai pakaian ketat dalam sebuah video lagu rayanya akan datang.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pakai Songkok Tapi Pakai Singlet”- Netizen Kritik Teaser Lagu Raya Aliff

Walau bagaimanapun, pakaian tersebut menjadi kontroversi dan Aliff meluahkan rasa sedih atas kecaman hebat yang diberikan oleh netizen ke atasnya.

Luahan hati Aliff

https://www.tiktok.com/@absolutevent/video/7216003040581618945?_t=8b9Ls4yOV8L&_r=1
Menurut usahawan terlajak laris itu, lagu yang dicipta hanyalah hiburan semata dan dirinya berasa sedih mengenai reaksi orang ramai yang masih belum menerimanya sebagai penyanyi.

Sudah empat tahun saya jadi penyanyi, orang masih lagi belum dapat terima kehadiran saya. Perkara itu memang buat saya rasa sedih. Saya buat lagu raya itu hanya untuk hiburan. Saya pun buat semua itu tanpa mendapat sokongan mana-mana pihak, semuanya buat sendiri.

Dalam pada masa yang sama, Aliff meminta netizen untuk tidak memberi komen negatif buat isterinya, Datin Seri Shahida yang kini sedang sarat hamil.

Tolonglah jaga perasaan isteri saya. Dia pun dah nak bersalin, jadi jangan libatkan dia atau beri komen negatif dalam keadaannya tengah sarat berbadan dua. Keputusan untuk tampil dengan lagu itu adalah daripada saya sendiri. Biarkanlah isteri saya tenang sebab dia pun tengah tunggu masa nak bersalin.

Aliff juga meminta masyarakat untuk tidak cepat menghukum video teaser yang tular itu, sebaliknya menunggu klip video penuh lagu rayanya. Jom, sama-sama kita nantikan.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas