Connect with us

Oh! Media

“Pakai Songkok Tapi Pakai Singlet”- Netizen Kritik Teaser Lagu Raya Aliff

aliff syukri

Oh! Artis

“Pakai Songkok Tapi Pakai Singlet”- Netizen Kritik Teaser Lagu Raya Aliff

Sekali lagi usahawan yang dikenali ramai iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengeluarkan lagu raya baharu yang berjudul Kepelak Kelepuk Raya.

ADVERTISEMENT

Terbaharu, Aliff Syukri ada memuat naik teaser lagu berkenaan di Instagram, namun respon yang diterima daripada netizen menunjukkan mereka berasa kurang selesa dengan tiga penari latar di dalam video terbabit.

Menurut netizen, ketiga-tiga penari latar itu tidak melambangkan seperti imej umat Islam kerana berpakaian yang dianggap tidak senonoh dan menari berlebihan.

Malah, mereka turut merasakan ianya kurang sesuai untuk dipertontonkan kepada umum, lagi-lagi ketika bulan Ramadan yang mulia ini.

komen ig

Sekadar info, tahun lalu juga Aliff menggunakan penari latar yang sama untuk menari di dalam muzik video lagu rayanya berjudul Lala Raya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas