Connect with us

Oh! Media

“Saya Masih Struggle Berubah” – Seksi Lepas Putus, Zarina Anjoulie Nak ‘Sembuh’ Dengan Tenang

Featured 713x401 No Box 56

Oh! Artis

“Saya Masih Struggle Berubah” – Seksi Lepas Putus, Zarina Anjoulie Nak ‘Sembuh’ Dengan Tenang

Kebahagiaan yang dikecapi selebriti, Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey nampaknya tak bertahan lama apabila masing-masing memberi ‘hint’ sudah berpisah.

Perkongsian mereka ini sudah tentu mengejutkan para peminat kerana pasangan ini dilaporkan baru je mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu.

BACA: Berat Badan Punca Putus Hubungan? Ini Pendedahan Panjang Lebar Tunang Zarina Anjoulie 

IKLAN

Terbaru, pelakon filem Mimpi Moon yang mesra disapa Anju ini memohon maaf kepada semua pihak kerana belum cukup sempurna.

Anju minta maaf, berubah secara berperingkat

Jelasnya, dia masih berusaha untuk berubah dan berharap satu hari nanti akan ada seseorang yang menerima dirinya seadanya.

Anju

Dia juga memohon dirinya diberi ruang supaya dapat ‘sembuh’ daripada kekecewaan dengan tenang. Ibu kepada seorang anak turut mengucapkan rasa penghargaan kepada semua peminat yang mendoakan kebahagiaannya selama ini.

Didakwa makin seksi lepas putus tunang

Terdahulu, pelakon ini mengundang kontroversi apabila tampil dengan gaun hitam seksi mendedahkan bahagian pahanya. Di perkongsian itu, Anju menyertakan kapsyen sedang kecewa tapi masih kuat bertahan.

Kredit: Instagram Zarina Anjoulie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas