Connect with us

Oh! Media

Berat Badan Punca Putus Hubungan? Ini Pendedahan Panjang Lebar Tunang Zarina Anjoulie 

Oh! Artis

Berat Badan Punca Putus Hubungan? Ini Pendedahan Panjang Lebar Tunang Zarina Anjoulie 

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan yang Zarina Anjoulie dan tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey telah memberikan bayangan seperti ikatan pertunangan mereka sudahpun terlerai.

ADVERTISEMENT

BACA : “Papa Tak Sebaik Mana” – Tunang Zarina Anjoulie Pula Beri Bayangan Sudah Putus?

Menerusi satu posting yang dimuat naik Khazrul di TikToknya, dia mengatakan yang berat badan bukanlah isu mereka putus tunang dan tidak pernah meminta Zarina Anju untuk menurunkan berat badan jika mahu berkahwin.

@elzey_anjoulielavocah Assalamualaikum semua terima kasih atas nasihat kepada saya. saya hargai sangat2. InshaAllah jodoh pertemuan Allah tentukan. Biarlah keadaan tenang, Alhamdulillah, Doa anda semua amatlah saya hargai dengan ucapan terima kasih 🙏🙏🙏 semoga Allah membalas budi dan bertambah rezeki kepada anda semua. Aameen #fyp ♬ Tuhan Jagakan Dia – Motif Band

Asalamualaikum, saya tak pernah kata pada Anju kalau tak turun 55 kilogram saya tak nak kahwin. Anju dah kata dia hanya bergurau isu ini tak sangka jadi viral.

Anju ada post di media dia bergurau, tak sangka isu melarat. Anju dah minta maaf pada saya, saya dah nasihat dia jangan main tulis macam itu.

Saya tanya Anju, awak tak rasa bersalah ke awak tulis main-main tapi netizen sumpah seranah bakal suami awak? Jadi dia menyesal sebab isu berat badan ini.

Jadi, bukanlah isu berat yang jadi masalah pada kami. Saya tak kisah pun kalau dia gemuk saya tetap sayang, cuma ada perkara lain yang kami kena lalui.

Anju terus padam artikel isu berat badan dalam telefon dia depan saya, cuma Anju tak dapat. padam media bila media dah viral, dia menyesal.

Saya tak boleh cakap apa-apa kerana saya tak nak orang salah anggap pada kami. Biar kami cuba selesaikan masalah ini.

Apapun, semoga yang terbaik untuk mereka berdua. 

Kredit: Tiktok Khazrul Elzey

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas