Connect with us

Oh! Media

Fatin Afeefa Umum Undur Diri Dari Dunia Lakonan Dan Nyanyian

Fatin Afeefa Opai

Oh! Artis

Fatin Afeefa Umum Undur Diri Dari Dunia Lakonan Dan Nyanyian

Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa akhirnya ambil keputusan untuk undur diri dari dunia lakonan dan nyanyian dan perkara ini diumumkannya baru-baru ini. 

ADVERTISEMENT

BACAFatin Afeefa Bakal Kongsi Berita Gembira Nanti?

Menurut laporan mStar, keputusan itu dibuat untuk menghormati permintaan suaminya, Opai tapi Fatin ada meminta sedikit kelonggaran untuk melakukan beberapa kempen dan berkerja.

Selepas berkahwin, saya hormat permintaan suami saya. Dia kata boleh ke tak payah berlakon dan menyanyi? Saya jawab boleh sahaja, kerana saya tidak kisah pun dan saya sayang dia. Saya tidak akan berlakon lagi, tidak akan menyanyi lagi.

Tapi saya minta pada dia sedikit kelonggaran untuk buat beberapa kempen. Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju. Nak kata ralat tinggalkan lakonan dan nyanyian, tidak langsung.

Bukan tu jer, Fatin juga mengakui ini merupakan salah satu pengorbanan kecilnya untuk perbaiki diri sendiri dan menjadi muslim yang lebih baik serta menjaga pergaulan.

Dia kata sebab semua itu adalah aurat. Tetapi saya mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang muslim yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat, dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu.

Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Fokus sekarang keluarga sahaja.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas