Connect with us

Oh! Media

UNTUK WAKTU TERHAD! Mekdi Tawar 6 Jenis Dip Enak Bagi Pesanan Chicken McNuggets

Branded

UNTUK WAKTU TERHAD! Mekdi Tawar 6 Jenis Dip Enak Bagi Pesanan Chicken McNuggets

Selain ayam goreng, korang setuju tak kalau kami kata satu lagi menu wajib order di McDonald’s ialah Chicken McNuggets. Bila ada Chicken McNuggets, barulah rasa lagi puas nak enjoy hidangan McD.

Chicken McNuggets ni punyalah sedap terutama bila makan panas-panas sambil layan drama kegemaran. Dia punya empuk dengan rasa ayam yang enak, cicah pula dengan sos pencicah istimewa McD. Confirm terangkat!

6 Pilihan Sos Dip Enak, Untuk Waktu Terhad Sahaja!

Kalau korang memang kaki Chicken McNuggets korang mesti tau kan yang nugget ni datang dengan sos pencicah yang lazat kan? Haaa.. Kali ni McDonald’s perkenalkan 6 sos pencicah khas untuk korang pilih!

Perasa yang korang boleh pilih: 

  • Sos Cajun
  • Sos Cili Manis
  • Sos Barbeku
  • Sos Masam Manis
  • Sos Kari Jepun
  • Sos Keju Perancis

Kami boleh kata setiap sos ni memang ada rasa tersendiri yang korang boleh sesuaikan dengan pilihan rasa korang. Kalau boleh suka sesuatu yang baru, korang kena cuba setiap satu sos ni.

Tapi perasa sos ni untuk masa yang terhad je tau. Jom ke McDonald’s berdekatan korang untuk cuba sendiri SEMUA sos pencicah istimewa Chicken McNuggets. Korang juga boleh beli secara Drive-Thru dan McDelivery.

Join kontes TikTok #McDDoDaDipChallenge bersama ALYPH & rebut peluang menang hadiah sehingga RM50K!

Korang kaki TikTok? Inilah masanya untuk korang bersinar. Rakamkan video kreatif finger dance korang dengan #McDDoDaDipChallenge untuk menang hadiah best!

Bermula 15-21 Mei ni juga, McDonald’s menganjurkan TikTok challenge dengan kolaborasi bersama ALYPH, yang popular dengan lagu SWIPE tu!!

Cara penyertaan:

Langkah 1: Buat video TikTok dengan Lagu SWIPE ALYPH (Remix #McDDoDaDip) 

Langkah 2: Pamerkan ‘tarian jari’ kreatif dan celup Chicken McNuggets dalam sos

Langkah 3: Tambahkan hashtag #McDDoDaDipChallenge dan username Instagram anda di dalam kapsyen video.

Hadiah menarik menanti korang:

  • 5x penyertaan paling kreatif akan memenangi hadiah wang tunai bernilai lebih RM20,000
  • 20x penyertaan dengan like terbanyak akan mendapat baucar tunai McDonald’s RM500, hoodie McDDoDaDip serta jemputan ke shocase eksklusif bersama ALYPH
  • 100x penyertaan pertama akan memenangi baucar tunai McDonald’s RM100

Korang boleh check penyertaan lain kat SINI

Kalau korang rasa korang boleh buat video lebih kreatif, pastikan korang join tau. Hadiah dia masyuk tu!!!

Psst… Kami dengar yang McD juga nak ‘payung’ cenderahati eksklusif ni untuk pelanggan setia mereka. Pastikan korang stay tuned di laman sosial McDonald’s untuk tak terlepas peluang ni!

Maklumat lanjut mengenai promosi dan produk terbaru McDonald’s Malaysia korang boleh ikuti laman web, Facebook dan Instagram mereka.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas