Connect with us

Oh! Media

“Teman Lelaki Dibebaskan, Jadi Saksi” – Pelajar Kolej Didakwa Bunuh Bayi Baru Lahir

Ohmedia pelajar Bayi

Oh! Tidak

“Teman Lelaki Dibebaskan, Jadi Saksi” – Pelajar Kolej Didakwa Bunuh Bayi Baru Lahir

Pelajar kolej didakwa bunuh bayi baru lahir di Kluang, kekasih dibebaskan.

Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun kini berdepan pertuduhan membunuh seorang bayi yang baru dilahirkan 29 Julai lalu.

BACA: Kes Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Di Johor, Polis Dedah Perkembangan Terbaru

Kes ini turut mendedahkan bahawa ketika kejadian, bayi berkenaan mempunyai kembar yang masih berada dalam kandungan ibunya sebelum bayi kedua selamat dilahirkan di hospital.

IKLAN

Didakwa bunuh bayi baru lahir

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh, Nurshazwen Mohd Idris dihadapkan ke mahkamah di atas dakwaan melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian bayi perempuan yang baru dilahirkan di sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, Kluang, Johor.

Bunuh Bayi
Kredit foto Facebook Sinar Harian

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, jika sabit kesalahan.

Jika tidak dihukum mati, pesalah juga boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Mahkamah menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.

Pelajar23 1786069465

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun yang sebelum ini direman lapan hari berhubung kes sama akan dibebaskan. Pelajar lelaki itu akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan.

Mengikut laporan terdahulu, pihak polis menerima laporan pada jam 1 tengah hari berhubung seorang pelajar dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) kerana melahirkan anak.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, berdasarkan siasatan, bayi itu dijumpai oleh tenaga pengajar kolej berkenaan.

Hasil pemeriksaan lanjut di HEBHK kemudian mendapati terdapat seorang lagi bayi, iaitu kembar, dalam kandungan pelajar perempuan tersebut. Bayi berkenaan kemudiannya selamat dilahirkan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas