Connect with us

Oh! Media

Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Didakwa Di Mahkamah Pagi Ini

Ohmedia ismail sabri didakwa

Oh! Negara

Bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Didakwa Di Mahkamah Pagi Ini

Ismail Sabri dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini di bawah Akta SPRM.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ismail Sabri mungkin didakwa kerana pengisytiharan harta dan rasuah RM170 juta

Kredit Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob

Kes berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengisytiharan harta Ismail Sabri kepada SPRM. Sebelum ini, beliau beberapa kali dipanggil untuk menjalani sesi rakaman percakapan berhubung pengisytiharan harta tersebut.

IKLAN

Peguam Ragunath Kesavan yang mewakili Ismail Sabri turut mengesahkan kepada Bernama bahawa anak guamnya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Dalam siasatan berkaitan, SPRM sebelum ini merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing.

Agensi itu turut menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Ismail Sabri. Rampasan tersebut dibuat ketika penggeledahan di beberapa kediaman dan pejabat yang dipercayai digunakan sebagai ‘rumah selamat’.

Siasatan bermula daripada empat pegawai kanan

Ismail sabri

Penggeledahan berkenaan merupakan sebahagian daripada siasatan susulan terhadap empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

Perkembangan terbaru pagi ini menyaksikan kes berkenaan kini memasuki proses mahkamah apabila pertuduhan dijadual dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas