
Trending
Bawa Pulang Hadiah Bernilai RM10 Ribu, Alyph Pilih Sendiri Pemenang #McDDoDaDip Challenge
Oleh
Ingat tak sebelum ni kami ada kongsikan tentang cabaran #McDDoDaDipChallenge?
Haa… Baru-baru ni telah berlangsungnya acara penyerahan hadiah kepada para pemenang di #McDDoDaDip After Party yang berlangsung di McDonalds Pantai Sentral.
Alyph pilih sendiri pemenang #McDDoDaDip Challenge!

Kami berkesempatan menghadiri After Party ni, memang havoc habis la. Ada persembahan daripada Alyph dan Asyraf Nasir. Lepas tu, siap ada party Chicken McNugget dengan 6 sos special McDonalds.

Pemenang #McDDoDaDip ni telah dipilih sendiri oleh Alyph. Dia secara peribadi menyatakan rasa kagumnya dengan bakat mengedit oleh Gen Z dan mereka yang mengambil bahagian dalam #McDDoDaDipChallenge.
Untuk pengetahuan korang, Alyph telah berkolaborasi bersama McDonald’s untuk cabaran ini dan juga menyanyikan lagu tema untuk challenge ni.
Selain Alyph dan Asyraf Nasir, After Party #McDDoDaDip turut diserikan dengan Sean Lee sebagai pengacara dan Amir Ahnaf yang popular dengan watak Kapla dalam High Council.
Pemenang #McDDoDaDipChallenge Bawa Pulang Hadiah Lumayan

Pemenang bagi tempat pertama #McDDoDaDipChallenge telah membawa pulang RM10,000, tempat kedua RM5,000 dan tempat ketiga RM 3,000 berserta hoodie eksklusif #McDDoDaDip. Pergh, untunglah.
Dalam pada tu, jangan lepaskan peluang korang untuk cuba 6 rasa sos istimewa McDonald’s untuk hidangan Chicken McNuggets korang. Sementara stok masih ada. Favourite sos Alyph, Japanese curry. Kalau korang pulak suka sos mana?
Lapar Mekdi? Jom buat pesanan sekarang!
